I am not I die hard fan of her, but her catatan and puisi can somehow relate to me and my surroundings.
"Kalau kita yakin kita betul
dan kita mencari sifat-sifat jelik
pada dia yang kita percaya salah
kita akan jumpa.
Kita akan jumpa semuanya kerana kita
mencari."
(extract from Pencarian Penemuan)
Setelah 3 semester tinggal serumah, 2 semester duduk sebilik, tiba tiba kau nak point out segala flaws yang selama ni kau tak pernah tegur apa pun. Kalau kau rimas dia jenis pusher, okay lah aku boleh terima (aku pun rasa semak kadang kadang). Tapi setakat lantai basah air menjejes lepas mandi, itu tak jadi masalah aku rasa. Sebab kau dengan dia dah lama sama sama. Elok elok kawan, tiba tiba tinggal sebab dia keluar bilik air basah lantai? Kalau kau nak tegur, dari semester 1 kau boleh tegur, "Aku tak suka lah air menitik ni, basah lantai. Kang jatuh, macamana?" Boleh je cakap elok elok, dari kau terus ignore dia macam dia patung dalam bilik tu. Haih... Stress pula lah aku dengar cerita pasal kau ni. Alasan yang kau guna sebagai jawapan kenapa tak nak bercakap dengan dia, bagi aku merepek nak mampus. Kau sengaja carigali salah dia, masalah dalaman kau lah apa lah, sebab kau nak tolak dia. Kalau kau betul betul ikhlas berkawan, semua tu boleh tolak ke tepi. Masing masing betulkan salah masing masing. Harmoni gitu idok? Ini semua pendapat aku lah. Aku mungkin tak rasa apa yang kau rasa, tapi aku rasa you should at least try to be a friend rather than a selfish jerk.
Nasib lah dia yang sebilik dengan kau. Kalau aku? Haha. Elak perang dunia je. Kita duduk serumah sebilik, pandai pandai bawa diri lah kak. Bilik tu bukan kau punya sorang, semua peraturan kau nak buat. Kongsi, sama sama give and take lah.
Kalau kita dah tak boleh ubah orang, korban sikit ubah cara kita terima dia. InshaaAllah, hidup akan lebih ceria dan bermakna.
No comments:
Post a Comment