Jan 18, 2013

Kau, kau, kau dan kau

Lampu biru menyala! Mesej baru. Unlock. Drag.. tapi.. bukan.. dari.. kau. Hmm hampa.

#1
Banyak lagi benda yang kau tak tahu, banyak juga benda yang kau perlu tahu. Tapi aku pelik, kau tak teringin pun nak ambik tahu. Kalau kitorang boleh ikut cara kau, apa salahnya sekali kau cuba apa yang kitorang buat pulak. Persetankan apa orang nak kata, gelak, ejek, hina, sekurang kurangnya kita dah cuba. Just for once lah aku minta, keluar dari kepompong kecil kau dan cuba rasai dunia yang baru.

#2
"Producing capable and versatile leaders" they said. Spesis ni lah yang sekolah aku lahirkan? Sekolah yang agung, digah gahkan sekitar Johor Bahru. Kau bossy, selfish, insensitive, inconsiderate, kuat perasan, label orang merata rata, tak sedar diri, pengotor, pemalas. Aku masuk bilik kau, aku terkejut. Seribu kali aku fikir macamana roommate kau boleh tahan sebab sejujurnya aku tak akan boleh. Dan jangan nak pengotor sangat boleh? Umur dah cukup 18 bukan? Basuh sendiri lah pakaian dalam tu. Kalau malas sangat pergi masuk mesin basuh, tak perlu hantar dobi. Malu lah kalau yang mencuci tu lelaki. Tapi engkau kan, mana nak tahu malu. 

#3
Aku kurang pasti kenapa dan sejak bila kau jadi macam ni. Mengikut bahasa yang sering Abah guna, 'jobor'. Keterujaan melampau bila berhadapan dengan orang lain, seumpama menunjuk nunjuk kau tahu semua benda. Selalu berlaku dalam kalangan kanak kanak. Kau lebih kurang macam tu lah sekarang, attract attention tak semena mena, bosankan semua orang dengan cerita cerita kau. Bukan aku sengaja tak suka, tapi aku dah jelik. You know, annoyed. Kadang kadang boleh, tapi lama lama bosan lah nak layan perangai yang sama. Atau mungkin aku je yang tak boleh terima?
Sememangnya dalam dunia ni ada pelbagai ragam manusia, siapa kita nak menghakimi mereka Syikin Azmi? Telah ditakdirkan tabiat mereka macam itu, siapa kita hendak mengubah? Nasihatkan sahaja lah yang layak. Kalau tak mampu juga, sekadar berdoa sudah mencukupi :)
Sungguh baku, aku sendiri kurang pasti kenapa.

No comments:

Post a Comment