Apr 26, 2012

Lepak City Square 6 jam


Dang it ! Avengers keluar hari ni, bukan 27th !


Went to hang out with Dayana and Acad today. Alib tak dapat cuti jadi dia tak ikut sekali :( As planned, we watched The Cabin In The Wood, 1.15 punya show. Sampai CS around 11.20, Acad arrived 15 minutes later. Apparently, Dayana pegi buat IC ke beli handphone entah tetiba ada dekat Pandan, so she said she'll be late. Tunggu punya tunggu dalam McD tu, berbual bual dengan Acad -.-" Lepas dah sejam, kitorang pun dah lapar so kitorang makan dulu lah :) Heee Double Cheese Burger as usual. Dayana sampai later lepas kitorang dah habis makan, around 1. Duhh janji melayu Dayana ni !

Terus naik wayang. Beli tiket, tak nampak pulak si Aiman nye. Masuk wayang. Dan menontonlah aku movie yang pada asalnye aku tak setuju langsung nak tengok. Dengan kaki ke atas kerusi hadapan dan tangan ready untuk menutup mata, survive alhamdulillah 1 jam 35 minute tanpa menjerit :) Gelak ada laa. Aku tengok lebih kurang 70% of the movie. Kejayaan !

After that kitorang turun pegi lepak Jco. Asalnya sebab makcik bertelefon baru ni nak testing wifi phone baru dia. Bergaduh kemain lagi Dayana dengan Acad siapa yang nak pegi tanya password wifi Jco tu. Last last dah dapat password, masing masing punya semua tak boleh nak connect -.-" Banyak la korang punya 'alcapone'. Dayana beli yogurt dengan buah buah segala, share tiga orang. First time rasa, hmm sedap jugak susu basi ni :) Nampak Iema dengan Pain, berbual kejap. Lepak punya lepak, tak tengok jam. Sekali dah 3.45, cancel plan nak tengok Lockout. Pegi surau, solat.

Lepas tu, kitorang tawaf CS tu level by level. Terasa betul kaki aku berjalan hari ni. Masuk Action City, masuk Inner City, singgah arked, keluar Inner CIty, usha headphone :) Jalan jalan lagi, jumpa Au, Dayana merungut pasal Word Suggestion masa nak taip message, siap nak pegi tanya dekat kedai Sony Ericsson lagi. Handphone baru tak habis godeh, paham paham je la. Pastu dia pegi check mata. Sekali terasa macam haus gila, konon nak ke Coffee Bean. Err tak agak agak nak kopi mahal. Ke Mcd, nak beli Coke dengan fun fries je ke ? Err terus ke Secret Recipe. Pun tak agak agak, nak mahal aje korang ni -.-" Last last ke mana ? Haaaa mamak seberang jalan :)

Lepak lepak lagi, Dayana makan kuey teow goreng sama air carrot susu, Acad minum milo ais, pastu teh tarik pulak. Aku minum horlicks ais. Haus haus, pegi minum air bersusu. Pandai kan ? Hee Acad belanja air, terima kasih cadd :) 5.45 gerak masuk CS balik, abah dah nak sampai. Dayana pun gerak ke CIQ, Acad tunggu dengan aku. Kesian, kena balik naik teksi >.< HAHA Abah sampai and gerak balik rumah. Percaya la, malam ni aku terbayang bayang cerita tadi :O

Lupa nak cerita. Masa dekat McD, ada sorang brader ni, berbaju putih dan botak. Tetiba sengih, duduk sebelah Acad. Dia cakap dia baru keluar penjara and mintak Acad tolong belanja dia makan. Errr "Takde duit ah, kejap lagi pun nak beli hadiah." Hadiah eh cadd ? Boleh laa. Masa dekat Jco plak, pakcik tua membawa katak dalam bekas putih kepit celah ketiak dia ckp apa entah dengan Acad. Tak paham la kenapa Acad menarik minat golongan yang tak dikenali dekat CS nih -.-"

So Acad, long enough ? Heee :D And photos are to be uploaded later, Dayana tak bagi lagi :)









P/S: Alahai setakat rambut besar badan keding baik tak payah nak berlagak -.-" Elak aku tolak je jatuh kann ? Haaaa

No comments:

Post a Comment